Friday 22 July 2011

purnama merindu

Terdetik dihati tak kala aku sendirian mendengar lagu dendangan Datok Siti Nurhaliza ..sememngnya aku amat meminati pada penyanyi tersohor no satu negara...
terbuai dirasa bila menghayati biat~biat lirik yang begitu menyentuh hati dan perasaan lagu yang mempunyai kenangan yang tersendiri buat ku..aku sama sekali tidak menyangka dalam seusia begini tercipta sebuah kisah hati buat ku..kisah cinta yang kedua kalinya pada kasarnya tapi aku tidak tahu kebenarannya ...aku masih mencari~cari akan benarkah kata hati ku ini atau dustakah aku pada sebuah cinta yang telah pergi...
satu ketika dulu aku bahagia dengan cinta ku ..cukup sempurna dimata teragong dihati
aku puas dengan apa yang telah ku milik.aku jua bangga dengan apa yang telah ku gapai.bahagia berbunga dihati sentiasa berkembang merwangi seharumnya...Kala aku terleka dan terlena bersama mimpi nan indah aku terjaga tersedar bahawa itu hanya mimpi separuh jalan bahagia terbahagi dua dengan derita...derita yang tidak ku pinta hadirnya jauh sekali untuk ku undang tibanya..mimpi yang bersisa kisahnya dipengakhir yang begitu menyakitkan..
bagaikan direntap tanpa ada belas kasihan umpama mutiara tersangkut dileher disentap lalu putus bertaburan berserakan  satu persatu..
Aku cuba untuk menyatukan dan menghimpunnya kembali mutiara itu agar menjadi seperti sediakala
tapi mengapa masih ada celanya tiada tersusun rapi seperti yang asal ..walau ikatan nya terpaut pada yang sama tiada bezanya....ku cuba dan terus mencuba sehingga hati menjadi jemu seterusnya terkelu.. terkedu..membisu dan terus diam membatu...aku hanya memandang ke hadapan tanpa ingin menoleh ke belakang yang telah jauh ku tinggalkan..aku menyusuri jalan yang penuh onak dan duri...dikanan bahunya derita dikirinya pula sengsara manakala dihadapan ku kelukaan ....bak kata perpatah ditelan mati emak diluah mati bapak...siksanya aku menahan menangkis dan menepis ..namun aku terus mengorak langkah melawan arus yang tiba untuk sampai ke satu garisan penamat pada sebuah cerita cinta...
cinta yang didusta cinta ku telah mati disaat aku begitu kasih dan sayang..ku cuba untuk kembali ke tampuknya tapi aku karam dilautan ku cipta sendiri ...aku lemas dan terus tenggelam mati dipusara cinta yang tidak bernoktah serta tak bertanda kuburanya..tiada nama terpahat ..kosong sepi terbiar hanyut tak tersangkut
diakar yang terentang menghalang...terus lenyap pada rasa yang membara..aku jadi tak keruan pada hidup dan diri sendiri..keyakina tiada patah lagi gerimis yang tiba telah menjadi hujan yang lebat diekor mata yang bertali arus..mengalir disetiap nadi yang berdenyut bersama darah kelukaan yang kini menjadi nanah dan barah yang amat menyakitkan..aku merana dan sungguh merana telah puas aku merayu meratap menghiba namun tiada yang sudi mendengarnya ..hanya disapa dengan nista dan ego yang tinggi ..masih terdengar~dengar digegendang telinga ku..
saat bertukar minit ..minit bertukar jam...jam bertukar menjadi hari ..hari berganti menjadi minggu..minggu menjadi bulan ..bulan ketahun aku masih bergini...bersama airmata yang setia menemani ku tidak berganjak walau seinci ..hati  dan perasaan terus terobek berkecai bagai sekeping cermin yang berderai terhempas..yang  dulunya lakaran  wajah gembira kini menjadi biasan kelukaan terpercik disetiap penjuru hati yang terluka ...bersambung......

No comments:

Post a Comment