Tuesday 26 July 2011

purnama merindu part 4

malam suram kembali menampakkan wajahnya...purnama hadir lagi bersama bintang yang mengelilingi...hati berkata apakah akan terus begini wahai purnama ku....aku yang setia aku yang masih mengharap dan menunggu...aku yang semakin hanyut bersama rasa ku..aku yang sering berbicara berbisik pada yang tak ada dengarnya pada yang tiada jelasnya dan pada yang tiada nyatanya..oh hati jangan kau tambah meratu pada purnama yang bergitu tersenyum tapi terlara dikalbu..begitu jua aku lakaran wajah nan ayu tapi tersimpan kedut ~kedut garisan luka..berparut berlubang tak tertutup ..berganjak kah purnama dalam incin hatinya..berlari kah pergi mengejar sang pelangi yang tak pasti ..terhentikah kau pada satu titik yang bersinar dalam penipuan yang pasti..tergoda kah engkau pada sinaran yang ada.PURNAMA TERSENYUM LAGI....

Friday 22 July 2011

purnama merindu part 3

bagaimana setianya sang pungguk kepada purnamanya begitu lah aku yang setia pada janji ku..sekali cinta terlafaz adalah untuk selamanya ..tapi pada cinta ku yang pergi maafkan aku kerana kau begitu menyakitkan dan amat melukakan hati ku..hadir mu tika itu mungkin kerana mentahnya aku untuk menilai cinta yang terlalu muda pucuknya...bukan ku pinta jadi bergitu ...tapi cinta mu yang beralih arah ..cinta mu yang mendustai aku cinta mu yang melukai aku cinta  mu yang menguris hati dan perasaan ku...cinta ku telah mati terdiam kaku disitu..dimamah waktu yang berlalu..setia ku kini pada kebenaran cinta yang baru..walau ada duka walau ada derita kan ku setia pada cinta ku ini kerana aku tahu cinta ku ini mungkin yang sebenarnya kerna aku telah matang aku telah dewasa untuk aku menilainya...andaianya cinta ku terpatah dipertengahan jalan cinta ku tak kan bertunas kembali seperti ini...kulepaskan cinta itu untuk selamanya kerana cinta ku telah bersemadi bersama cinta purnama ku..aku masih berpegang teguh kepadanya cinta hati ku...
dipersimpangan jalan langkah kaki tersandung menjadi pilu..ku toleh ke belakang kau tertinggal disitu..ku pandang ke hadapan kau tiada menunggu..aku terkeliru ..akhirnya ku sampai ke penjuru kasih mu.. setia mu tersandar bersama dakapan pilu sayu memandang  pada ku kerana kau telah tahu aku tercipta bukan untuk mu hanya cinta ku yang menjadi milik mu..begitu jua dengan diri ku hanya bayangan yang ada ternyata dimata tertanam dijiwa nak ku sentuh apakan daya yang ada hanya cinta mu jua untuk ku .kita lah yang terluka kita lah yang kecewa pada cinta yang tiada noktahnya..jadilah kita seperti purnama yang merindu....bersama satu harapan dan impian..mengharap terlekatnya cincin cinta bertaut selamanya......rindu tidak akan padam selagi ada cinta...rindu tidakkan hilang selagi ada kenangan..... rindu tidak akan pergi selagi ada rasa kasih ...rindu tidak kan pudar selagi ada sayang...~~CINTA KASIH DAN SAYANG MENJADI HELAIAN RINDU ~~~

purnama merindu part 2

purnama ku mengambang kembali bersama sebuah cerita yang akhirnya menjadi cerita duka selepas ada sinar memancar ..ibarat sang pelangi yang tiba..kemudian menghilang selepas kabus pergi..tinggal lah aku umpama sang pungguk rindukan bulan.begitulah adanya diri ku ketika ini..merindu pada yang kasih tapi kasih yang tak kesampaian ..ingin aku mendaki tangga~tangga bahagia tapi aku terjatuh tersungkur dipintu cinta ku yang menyakitkan..aku kecundang lagi walau telah ku temui pintu bahagia buat ku tpi aku telah kehilangan kuncinya
aku hanya mampu berdiri sambil memeluk pintu yang diam terkaku..sambil hati masih berbisik kaulah kekasih hati ku kecintaan ku dan kesayangan ku..aku tidak mampu berbuat apa~apa hanya mata terus memandang tanpa jemu memerhati dan mengulit rasa yang amat mencengkam gelisah kesah dan yang pastinya menyakitkan
rindu ku telah melekat dihati ku tak mungkin dapat dipisahkan walau angin lalu rindu ku tak berubah arah...
aku tahu kau masih disitu bersama harapan seperti ku ..ku tahu hati mu jua terluka seperti mana diri ku..sudah suratan takdir yang menjanjikan buat kita berdua..walau bagaimana peritnya terpaksa ditelan walau pahit bagaimana pun dikunyah jua kerana begitu sayangnya untuk diluah dan dibuang
aku merindu pada yang kasih aku merindu pada yang sayang aku meminta pada yang sudi...hanya kau yang merindu hanya kau yang kasih hanya kau yang sayang dan hanya kau yang sudi..aku lah yang setia..aku lah yang derita..bagaikan purnama mengambang  hanya berteman bintang berkerlipan dan jua awan..sendirian aku bertemankan malam sepi... ku sambung lagi harapan ku agar jari manis ku tersarung  cincin cinta yang bergermerlapan bagai kencana dimercu tanda serikan lah purnama yang merindu.berserikah aku kembali atau terus kelamkah aku selamanya......bersambung.......

purnama merindu

Terdetik dihati tak kala aku sendirian mendengar lagu dendangan Datok Siti Nurhaliza ..sememngnya aku amat meminati pada penyanyi tersohor no satu negara...
terbuai dirasa bila menghayati biat~biat lirik yang begitu menyentuh hati dan perasaan lagu yang mempunyai kenangan yang tersendiri buat ku..aku sama sekali tidak menyangka dalam seusia begini tercipta sebuah kisah hati buat ku..kisah cinta yang kedua kalinya pada kasarnya tapi aku tidak tahu kebenarannya ...aku masih mencari~cari akan benarkah kata hati ku ini atau dustakah aku pada sebuah cinta yang telah pergi...
satu ketika dulu aku bahagia dengan cinta ku ..cukup sempurna dimata teragong dihati
aku puas dengan apa yang telah ku milik.aku jua bangga dengan apa yang telah ku gapai.bahagia berbunga dihati sentiasa berkembang merwangi seharumnya...Kala aku terleka dan terlena bersama mimpi nan indah aku terjaga tersedar bahawa itu hanya mimpi separuh jalan bahagia terbahagi dua dengan derita...derita yang tidak ku pinta hadirnya jauh sekali untuk ku undang tibanya..mimpi yang bersisa kisahnya dipengakhir yang begitu menyakitkan..
bagaikan direntap tanpa ada belas kasihan umpama mutiara tersangkut dileher disentap lalu putus bertaburan berserakan  satu persatu..
Aku cuba untuk menyatukan dan menghimpunnya kembali mutiara itu agar menjadi seperti sediakala
tapi mengapa masih ada celanya tiada tersusun rapi seperti yang asal ..walau ikatan nya terpaut pada yang sama tiada bezanya....ku cuba dan terus mencuba sehingga hati menjadi jemu seterusnya terkelu.. terkedu..membisu dan terus diam membatu...aku hanya memandang ke hadapan tanpa ingin menoleh ke belakang yang telah jauh ku tinggalkan..aku menyusuri jalan yang penuh onak dan duri...dikanan bahunya derita dikirinya pula sengsara manakala dihadapan ku kelukaan ....bak kata perpatah ditelan mati emak diluah mati bapak...siksanya aku menahan menangkis dan menepis ..namun aku terus mengorak langkah melawan arus yang tiba untuk sampai ke satu garisan penamat pada sebuah cerita cinta...
cinta yang didusta cinta ku telah mati disaat aku begitu kasih dan sayang..ku cuba untuk kembali ke tampuknya tapi aku karam dilautan ku cipta sendiri ...aku lemas dan terus tenggelam mati dipusara cinta yang tidak bernoktah serta tak bertanda kuburanya..tiada nama terpahat ..kosong sepi terbiar hanyut tak tersangkut
diakar yang terentang menghalang...terus lenyap pada rasa yang membara..aku jadi tak keruan pada hidup dan diri sendiri..keyakina tiada patah lagi gerimis yang tiba telah menjadi hujan yang lebat diekor mata yang bertali arus..mengalir disetiap nadi yang berdenyut bersama darah kelukaan yang kini menjadi nanah dan barah yang amat menyakitkan..aku merana dan sungguh merana telah puas aku merayu meratap menghiba namun tiada yang sudi mendengarnya ..hanya disapa dengan nista dan ego yang tinggi ..masih terdengar~dengar digegendang telinga ku..
saat bertukar minit ..minit bertukar jam...jam bertukar menjadi hari ..hari berganti menjadi minggu..minggu menjadi bulan ..bulan ketahun aku masih bergini...bersama airmata yang setia menemani ku tidak berganjak walau seinci ..hati  dan perasaan terus terobek berkecai bagai sekeping cermin yang berderai terhempas..yang  dulunya lakaran  wajah gembira kini menjadi biasan kelukaan terpercik disetiap penjuru hati yang terluka ...bersambung......

BICARA HATI LUAHAN KALBU

andai pohon cinta mu rebah
tongkat lah ia sebelum tersungkur kaku
andai ranting kasih mu reput
usahakanlah agar reputnya ia menjadi baja dihati mu
andai daun sayang mu gugur
kutiplah ia sebelum berterbangan semakin jauh
namun ku percaya akar cinta mu masih utuh melekat kasih mu menyatu sayang mu

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

walau kau tidak dapat ku lihat
ku tahu kau sentiasa ada untuk ku
walau kau diam membisu membatu
ku tahu kau selalu menyapa ku
mendoakan untuk ku
walau tidak dapat ku lihat ekor mata mu
namun ku tahu kau selalu memerhatikan ku
kau ibarat lilin untuk ku
padamnya cahaya mu gelap dirasa
kau umpama air tenang dan lembut mengalir
kata~kata mu nan indah dan ilmu mu yang ada
membuat aku jatuh cinta membuat aku rindu
jika sepi mu jika lara mu membuat kau membisu
aku lah perindu sepi aku lah yang terkapai~kapai mencari..
maafkan aku seandainya ada bicara menyentuh hati
aku hanya pujangga puisi hanya tahu
mengkaji isi hati tapi buta mentafsirkan yang hakiki ternanti
maafkan aku kalau aku yang terkelirau dipersimpangan yang salah
maafkan aku seadainya aku tersengkur dikolam rasa yang tiada sudahnya..
maafkan aku...maafkan aku..maafkan aku...kerna aku seorang insan yang hatinya sentiasa ada untuk mu....

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

resah hati ku kerana cinta mu
resah hati ku kerana merindui mu
kau hanya bayangan yang hadir tika lena ku
dapat dilihat tidak dapat ku sentuh
bagaimanakah nanti jika bayangan berlalu aku lah yang sepi
mencari~cari sendiri bersama resah yang kian kesah ...