Tuesday 26 July 2011

purnama merindu part 4

malam suram kembali menampakkan wajahnya...purnama hadir lagi bersama bintang yang mengelilingi...hati berkata apakah akan terus begini wahai purnama ku....aku yang setia aku yang masih mengharap dan menunggu...aku yang semakin hanyut bersama rasa ku..aku yang sering berbicara berbisik pada yang tak ada dengarnya pada yang tiada jelasnya dan pada yang tiada nyatanya..oh hati jangan kau tambah meratu pada purnama yang bergitu tersenyum tapi terlara dikalbu..begitu jua aku lakaran wajah nan ayu tapi tersimpan kedut ~kedut garisan luka..berparut berlubang tak tertutup ..berganjak kah purnama dalam incin hatinya..berlari kah pergi mengejar sang pelangi yang tak pasti ..terhentikah kau pada satu titik yang bersinar dalam penipuan yang pasti..tergoda kah engkau pada sinaran yang ada.PURNAMA TERSENYUM LAGI....

Friday 22 July 2011

purnama merindu part 3

bagaimana setianya sang pungguk kepada purnamanya begitu lah aku yang setia pada janji ku..sekali cinta terlafaz adalah untuk selamanya ..tapi pada cinta ku yang pergi maafkan aku kerana kau begitu menyakitkan dan amat melukakan hati ku..hadir mu tika itu mungkin kerana mentahnya aku untuk menilai cinta yang terlalu muda pucuknya...bukan ku pinta jadi bergitu ...tapi cinta mu yang beralih arah ..cinta mu yang mendustai aku cinta mu yang melukai aku cinta  mu yang menguris hati dan perasaan ku...cinta ku telah mati terdiam kaku disitu..dimamah waktu yang berlalu..setia ku kini pada kebenaran cinta yang baru..walau ada duka walau ada derita kan ku setia pada cinta ku ini kerana aku tahu cinta ku ini mungkin yang sebenarnya kerna aku telah matang aku telah dewasa untuk aku menilainya...andaianya cinta ku terpatah dipertengahan jalan cinta ku tak kan bertunas kembali seperti ini...kulepaskan cinta itu untuk selamanya kerana cinta ku telah bersemadi bersama cinta purnama ku..aku masih berpegang teguh kepadanya cinta hati ku...
dipersimpangan jalan langkah kaki tersandung menjadi pilu..ku toleh ke belakang kau tertinggal disitu..ku pandang ke hadapan kau tiada menunggu..aku terkeliru ..akhirnya ku sampai ke penjuru kasih mu.. setia mu tersandar bersama dakapan pilu sayu memandang  pada ku kerana kau telah tahu aku tercipta bukan untuk mu hanya cinta ku yang menjadi milik mu..begitu jua dengan diri ku hanya bayangan yang ada ternyata dimata tertanam dijiwa nak ku sentuh apakan daya yang ada hanya cinta mu jua untuk ku .kita lah yang terluka kita lah yang kecewa pada cinta yang tiada noktahnya..jadilah kita seperti purnama yang merindu....bersama satu harapan dan impian..mengharap terlekatnya cincin cinta bertaut selamanya......rindu tidak akan padam selagi ada cinta...rindu tidakkan hilang selagi ada kenangan..... rindu tidak akan pergi selagi ada rasa kasih ...rindu tidak kan pudar selagi ada sayang...~~CINTA KASIH DAN SAYANG MENJADI HELAIAN RINDU ~~~

purnama merindu part 2

purnama ku mengambang kembali bersama sebuah cerita yang akhirnya menjadi cerita duka selepas ada sinar memancar ..ibarat sang pelangi yang tiba..kemudian menghilang selepas kabus pergi..tinggal lah aku umpama sang pungguk rindukan bulan.begitulah adanya diri ku ketika ini..merindu pada yang kasih tapi kasih yang tak kesampaian ..ingin aku mendaki tangga~tangga bahagia tapi aku terjatuh tersungkur dipintu cinta ku yang menyakitkan..aku kecundang lagi walau telah ku temui pintu bahagia buat ku tpi aku telah kehilangan kuncinya
aku hanya mampu berdiri sambil memeluk pintu yang diam terkaku..sambil hati masih berbisik kaulah kekasih hati ku kecintaan ku dan kesayangan ku..aku tidak mampu berbuat apa~apa hanya mata terus memandang tanpa jemu memerhati dan mengulit rasa yang amat mencengkam gelisah kesah dan yang pastinya menyakitkan
rindu ku telah melekat dihati ku tak mungkin dapat dipisahkan walau angin lalu rindu ku tak berubah arah...
aku tahu kau masih disitu bersama harapan seperti ku ..ku tahu hati mu jua terluka seperti mana diri ku..sudah suratan takdir yang menjanjikan buat kita berdua..walau bagaimana peritnya terpaksa ditelan walau pahit bagaimana pun dikunyah jua kerana begitu sayangnya untuk diluah dan dibuang
aku merindu pada yang kasih aku merindu pada yang sayang aku meminta pada yang sudi...hanya kau yang merindu hanya kau yang kasih hanya kau yang sayang dan hanya kau yang sudi..aku lah yang setia..aku lah yang derita..bagaikan purnama mengambang  hanya berteman bintang berkerlipan dan jua awan..sendirian aku bertemankan malam sepi... ku sambung lagi harapan ku agar jari manis ku tersarung  cincin cinta yang bergermerlapan bagai kencana dimercu tanda serikan lah purnama yang merindu.berserikah aku kembali atau terus kelamkah aku selamanya......bersambung.......

purnama merindu

Terdetik dihati tak kala aku sendirian mendengar lagu dendangan Datok Siti Nurhaliza ..sememngnya aku amat meminati pada penyanyi tersohor no satu negara...
terbuai dirasa bila menghayati biat~biat lirik yang begitu menyentuh hati dan perasaan lagu yang mempunyai kenangan yang tersendiri buat ku..aku sama sekali tidak menyangka dalam seusia begini tercipta sebuah kisah hati buat ku..kisah cinta yang kedua kalinya pada kasarnya tapi aku tidak tahu kebenarannya ...aku masih mencari~cari akan benarkah kata hati ku ini atau dustakah aku pada sebuah cinta yang telah pergi...
satu ketika dulu aku bahagia dengan cinta ku ..cukup sempurna dimata teragong dihati
aku puas dengan apa yang telah ku milik.aku jua bangga dengan apa yang telah ku gapai.bahagia berbunga dihati sentiasa berkembang merwangi seharumnya...Kala aku terleka dan terlena bersama mimpi nan indah aku terjaga tersedar bahawa itu hanya mimpi separuh jalan bahagia terbahagi dua dengan derita...derita yang tidak ku pinta hadirnya jauh sekali untuk ku undang tibanya..mimpi yang bersisa kisahnya dipengakhir yang begitu menyakitkan..
bagaikan direntap tanpa ada belas kasihan umpama mutiara tersangkut dileher disentap lalu putus bertaburan berserakan  satu persatu..
Aku cuba untuk menyatukan dan menghimpunnya kembali mutiara itu agar menjadi seperti sediakala
tapi mengapa masih ada celanya tiada tersusun rapi seperti yang asal ..walau ikatan nya terpaut pada yang sama tiada bezanya....ku cuba dan terus mencuba sehingga hati menjadi jemu seterusnya terkelu.. terkedu..membisu dan terus diam membatu...aku hanya memandang ke hadapan tanpa ingin menoleh ke belakang yang telah jauh ku tinggalkan..aku menyusuri jalan yang penuh onak dan duri...dikanan bahunya derita dikirinya pula sengsara manakala dihadapan ku kelukaan ....bak kata perpatah ditelan mati emak diluah mati bapak...siksanya aku menahan menangkis dan menepis ..namun aku terus mengorak langkah melawan arus yang tiba untuk sampai ke satu garisan penamat pada sebuah cerita cinta...
cinta yang didusta cinta ku telah mati disaat aku begitu kasih dan sayang..ku cuba untuk kembali ke tampuknya tapi aku karam dilautan ku cipta sendiri ...aku lemas dan terus tenggelam mati dipusara cinta yang tidak bernoktah serta tak bertanda kuburanya..tiada nama terpahat ..kosong sepi terbiar hanyut tak tersangkut
diakar yang terentang menghalang...terus lenyap pada rasa yang membara..aku jadi tak keruan pada hidup dan diri sendiri..keyakina tiada patah lagi gerimis yang tiba telah menjadi hujan yang lebat diekor mata yang bertali arus..mengalir disetiap nadi yang berdenyut bersama darah kelukaan yang kini menjadi nanah dan barah yang amat menyakitkan..aku merana dan sungguh merana telah puas aku merayu meratap menghiba namun tiada yang sudi mendengarnya ..hanya disapa dengan nista dan ego yang tinggi ..masih terdengar~dengar digegendang telinga ku..
saat bertukar minit ..minit bertukar jam...jam bertukar menjadi hari ..hari berganti menjadi minggu..minggu menjadi bulan ..bulan ketahun aku masih bergini...bersama airmata yang setia menemani ku tidak berganjak walau seinci ..hati  dan perasaan terus terobek berkecai bagai sekeping cermin yang berderai terhempas..yang  dulunya lakaran  wajah gembira kini menjadi biasan kelukaan terpercik disetiap penjuru hati yang terluka ...bersambung......

BICARA HATI LUAHAN KALBU

andai pohon cinta mu rebah
tongkat lah ia sebelum tersungkur kaku
andai ranting kasih mu reput
usahakanlah agar reputnya ia menjadi baja dihati mu
andai daun sayang mu gugur
kutiplah ia sebelum berterbangan semakin jauh
namun ku percaya akar cinta mu masih utuh melekat kasih mu menyatu sayang mu

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

walau kau tidak dapat ku lihat
ku tahu kau sentiasa ada untuk ku
walau kau diam membisu membatu
ku tahu kau selalu menyapa ku
mendoakan untuk ku
walau tidak dapat ku lihat ekor mata mu
namun ku tahu kau selalu memerhatikan ku
kau ibarat lilin untuk ku
padamnya cahaya mu gelap dirasa
kau umpama air tenang dan lembut mengalir
kata~kata mu nan indah dan ilmu mu yang ada
membuat aku jatuh cinta membuat aku rindu
jika sepi mu jika lara mu membuat kau membisu
aku lah perindu sepi aku lah yang terkapai~kapai mencari..
maafkan aku seandainya ada bicara menyentuh hati
aku hanya pujangga puisi hanya tahu
mengkaji isi hati tapi buta mentafsirkan yang hakiki ternanti
maafkan aku kalau aku yang terkelirau dipersimpangan yang salah
maafkan aku seadainya aku tersengkur dikolam rasa yang tiada sudahnya..
maafkan aku...maafkan aku..maafkan aku...kerna aku seorang insan yang hatinya sentiasa ada untuk mu....

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

resah hati ku kerana cinta mu
resah hati ku kerana merindui mu
kau hanya bayangan yang hadir tika lena ku
dapat dilihat tidak dapat ku sentuh
bagaimanakah nanti jika bayangan berlalu aku lah yang sepi
mencari~cari sendiri bersama resah yang kian kesah ...

BICARA HATI LUAHAN KALBU

kau datang bagai pelangi
kau datang selepas gerimis
namun kau pergi selepas hati terpaut
kau berlalu ketika cinta ku hadir
kau hilang meninggalkan kesan
pada hati yang terluka
pada kasih yang tercalar
pada sayang yang terguris..
tinggallah kenangan pada perasaan dan jiwa
terbenam dinaluri tertanam dijantung hati
bersemadi dipusara sepi ...







Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

terasa rindu mengamit rasa hati ku
terasa resah membuat aku gundah
aku bertandang kembali ke kamar bicara hati
aku begitu rindu pada kalian teman ~teman ku
sepinya aku bukan aku melupakan jauh sekali untuk meninggalkan
sepinya aku kerana mencari sesuatu yang pasti buat ku
sepinya aku kerana aku terkeliru dengan perasaan ku

kembalinya aku ke sini untuk bertanya kabar
kembalinya aku yang pasti aku kerinduaan
kembalinya aku kerana kasih ku pada ikatan silaturohim
kembalinya aku kerana rasa sayang yang panjang

angin pilu tersandung ke pintu hati ku
rasa hati menyapa di jiwa
rindu merindu pasti ada selalu selagi ada kasih ku
selagi ada sayang ku ..akan aku bertandang selagi ada waktu
selagi ada kasih kalian buat ku ..walau untuk sedetik waktu yang ada buat ku...


Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

ku tinggalkan nyanyian lagu ku semalam
demi hari ini yang tiba
semalam jadilah kenangan
bersama satu kisah yang tersembunyi
kenangan itu lah menjadi penawar buat ku
dikala aku tersendu dikala aku rindu
paluan itu lah akan ku gendangkan dipelusuk hati..
dikala lena aku beradu..dikamar ku yang diam membisu..
Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

Aku berdiri dimuara kasih ku yang mengalir lesu..berdirinya aku sekadar ingin mencari dimana perhentian cinta kasih dan sayang ku...apakah tersangkut diakar yang teguh atau terkulai diranting yang reput.aku terdiam membisu bersama hati yang terkedu..mencari jawapan yang jitu untuk aku dan jua diri mu..kenapa kita dipertemukan hanya atas sejadah cinta yang terpilu ..cinta yang begitu perit mencengkam dijiwa dan rasa ..kepastian yang tiada tiba...cinta terhalang kerana satu ikatan yang semakin reput tapi masih tersimpul erat..laranya aku membawa luka ..laranya diri mu membawa derita..yang pasti aku dan jua diri mu yang sengsara bersama duka..ibarat kisah hati ...cinta kau dan aku tak kan mungkin bersatu untuk saat ini di dunia ini..mungkin kita bersama diatas sana... biar ku setia menjaga cinta mu ...bergitu lah hakiakt yang begitu nyata buat kita...aku dan jua diri mu hanya mampu menghimpunkan buih~buih kasih yang hadir tika kerinduan datang bertandang dan kenangan menjadi penawar...

Roziana Idris

Monday 4 July 2011

BICARA HATI LUAHAN KALBU


paluan hati berdegup kencang ...berdetik ..berdetak tanda yang tak kena dihati ini..entah mengapa satu persatu  kenangan datang menerja kotak pemikiran ku...dan tersingkap helaian demi helaian...tik...tik..tik air jernih jatuh setitik demi setitik tak kala gerimis dihati menjadi hujan di mata...pandangan menjadi kabur teraba ~raba memandang tiap baris yang di titipkan pada ku...aku merasai bait~bait seumpaan itu amat sayu....mencengkam dihati..amat sakit dik kerana kebenarannya memang nyata...jelas tanpa boleh kata tidak...
ditelan mati emak diluah mati bapak..cinta yang terhalang berisiko dan terikat dengan ikatan...hanya nama yang tersimpan dihati....pilu untuk mentafsirkan ...ditelan mati emak oleh kerana rasa dan keinginan yang amat dalam kerana cinta ..diluah mati bapak kerana rasa cinta dan kasih sayang tak mungkin untuk melupakan atau dilupakan...terkubur tanpa pusara terbiar tanpa dapat dibelai jauh sekali untuk memiliki...hanya nama tersimpan dihati kerana hanya itu yang dapat terpahat dihati bersama kenagan yang tertinggal untuk dijadikan penawar tak kala rasa rindu datang ....
pedih pilu dihati ku mengenangkan saat~saat ku menjadi kekasih mu dan kau menjadi kekasih ku...aku terlara dan karam lemas dalam impian yang hanyut kerana saat mata terpejam hanya kau ku terbayang ...saat mata terbuka kau lah pertama diminda dan pemikiran ku...ingatan yang amat dalam malah lebih dalam lagi dari lautan ...kita terpisah oleh keadaan yang amat menyakitkan...berpisah tanpa rela dan redo dihati...terus meratapi terus menangisi ...
kau masih disitu dan aku masih disini tanpa boleh berkata apa ~apa terkedu membisu terdiam dan terus membeku.....hanya rindu yang ada tapi tak mampu untuk meleraikannya kerana ada sempadan dan jurang...kau selalu berkata kau tetap ada tapi aku dapat merasakan yang aku sebenarnya telah kehilangan mu...ibarat lirik lagu bila cinta ini tak lagi bermakna yang ku dapat kini hanya lah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu...lagu ini lah menjadi nyanyian ku...bersama sepi seorang perindu...
andai ku tahu detik pertemuan yang lalu ada lah yang terakhir buat kita sudah tentu tidak ku lepaskan mu dalam gurauan dan senyuman...pasti airmata lah mengiringi perpisahan ini...hanya lagu yang menjadi  ingatan dan kenangan ...masih ku ingat lagu~lagu kita setiap kali pertemuan pasti ada nyanyian sambung bersambung antara kita....berderai airmata bila mengingati kembali yang lagu~lagu yang kita nyanyikan bersama memang ternyata selayaknya untuk kisah cinta kita..ibarat kisah hati ...kita tak mungkin bersama didunia ini di ketika ini ....tak mungkin kasih ku hilang ku kunci hati untuk mu....











Sunday 3 July 2011

BICARA HATI LUAHAN KALBU

Andai bisa ku putar kembali masa yg pergi akan aku lakukan
andai bisa aku berada digarisan permulaan akan aku berdiri disitu
pergilah duka ku pergilah lara ku..
aku juga ingin bahagia aku juga ingin gembira...
aku telah melepasi satu garisan dalam hidup ku..
kini aku menuju ke garisan kedua
apakah ada kisah gembira yang membawa bahagia
sayang semakin ku hampiri garisan itu semakin kabur harapan ku
kabus mengaburi padangan ku ...kabus melindungi harapan ku..
apakah aku bisa sampai kegarisan itu...pertanyaan hati tetap ada....
kabus tetap menanti sedangkan aku kelemasan sendiri dlm sendu yg pasti...bersama harapan yang tinggi...


Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

mengikut kata hati bisa mati..
mengikut kata rasa binasa
bedalan yang amat betul katanya
sedap didengar sebagai ingatan
elok diturut sebagai pedoman...

terlajak perahu boleh di undur
terlajak kata memakan diri
semua bermakna dalam hidup ini
jangan sampai kecundang diri
kena percaya pada janji
janji illahi yang hakiki
jangan menunding jari kalau tak mengeri
kena fahami diri sendiri...sebelum membuat keputusan diri..
tak perlu diungkit tak perlu diingati kerana telah ku tahu diri ini..
aku hanya perindu sepi...mengharap sesuatu yang tak pasti......


Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

naluri rasa datang tanpa diundang
datang bersama degupan jantung
semakin kencang semakin membara rasa itu datang
apakah rasa itu datang kerana hati telah berdetik..
payah untuk diberi penilaian sebenar..
nyata atau pun tekaan.....
firasat hanya meneka sedangkan hati merasa
dimana kah titik noktahnya untuk itu
terjawabkah atau terleraikah...

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

apa yg engkau lakukan tiada paksaan ..atas rasa kasih sayang dan kejujuran itu lh sebagai pedoman ..engkau seumpama air lembut dan tenang mengalir..malah engkau melembutkan hati yg dilanggar duka dgn kata2 ..andai hati ku retak seribu kau cantum kembali tanpa rasa jemu ..bagaimana utk membalas hanya doa sebagai penganti yg mengharum merwangi dipersada hati......




Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

Telah ku cuba minta kasih mu biar menjadi ikatan abadi
namun apa daya terlerai janji kita mungkin takdir yang meminta..
bermusim kita bersama menyemai ikatan cinta
tak mungkin kasih ku hilang ku kunci hati utk mu..imbaukan kenangan indah
simpan lah senda gurauan ..andainya kau kerinduan itu lah jadi penawar
sungguh ku terharu dan pilu kasih ku semai kau abaikan
putusnya ikatan cinta.mungkin tiada jodoh kita....pergilah sayang...
biarlah rindu di kejauhan menemani hati yang gelisah semoga bertemu kebahagian......
Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

kenapa tiba~tiba hati ku rindu...terdetik hati berlagu pilu...
apakah bisa ku helakan rindu ku ini
adakah rasa ku ini berdegup dijantung mu
menyapa rasa menjadi satu...atau mungkin hanya aku...
oh angin sampaikan rasa ku ini padanya....
seandainya ada terasa germesik hembusan bayu ke wajah mu
itu lah rindu ku..itu lah rasa ku..dan itu lah degupan jantung ku..
aku masih di sini menanti dalam pertanyaan apakah kau sedar akan hadir ku
jadi lah aku sang perindu setia walau kepastian tiada...

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

~~~KALA CINTA KU PERGI~~~
cinta hadir mu sungguh indah..
pergi mu membawa duka yang panjang
kosong jiwa kosong rasa kosong hati
sengsara terasa derita merana lara selamanya

cinta pergi mu amat bermakna
membunuh rasa menusuk jantung yang pantas berdenyut
darah mengalir bagai lari arus alirannya
nadi berdenyut bagai terhenti disetiap saraf fungsinya

aku lah yang mati seluruh rasa ku pergi berlalu
mati bersemadi bersama rasa yang ada
tanpa tanda..tanpa noktah dan tanpa penghujungnya
pastinya cinta ku tiada lagi ...pergi tetap pergi...
apakah cinta ku bisa datang lagi atau apakah terus mati dan terhenti disini
hanya takdir yang menentukan..hanya masa yang menyaksikan ...
hanya detik yang memutarkan ..hanya saat yang mengizinkan...
dimana leraiannya ^^KALA CINTA KU PERGI^^^

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

Bukan kecewa dipinggirkan
aku kecewa tiada kejujuran
bukan bersedih disakiti
teramat pedih diri dikianati
sebelum kasih menjadi benci aku memilih berpisah disini
bila tiada kesetiaan tak mungkin teguh pendirian
biar menangis diketika ini tidak rela mengemis kemudiaan hari

hilang kekasih mungkin berganti yang ku harapkan teman sejati
sebelum kasih menjadi benci aku memilih berpisah disini.....................
~~~SEBELUM KASIH MENJADI BENCI AKU MEMILIH BERPISAH DISINI~~~

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

MALAM KAU TIBA LAGI ...BESAMA KELAM CAHAYA BULAN NAN SURAM..
HEMBUSAN ANGIN MENYAPA RASA SEJUK TERASA MENYENTUH MUKA
LALU KU BANGKIT BERDIRI TEGAK...KU SUJUD MENYEMPURNAKAN CIUMAN SEJADAH CINTA KU..KU DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD SAMBIL MEMOHON RESTU KASIH MU.....KU LERAIKAN RASA RINDU KU ...KU NYATAKAN RASA CINTA KU..
KU LAHIRKAN JUA RASA DUKA KU...KU PAMIRKAN JUA RASA SEDIH KU
KU TAHU DAN AMAT TAHU..KAU PASTI MENDENGARNYA..KAU PASTI BERSAMA YAKIN ADA..HINGGA HUJUNG NYAWA AKU TETAP AKUTANPA JEMU TETAP MERAYU MENANTI NUR KASIH MU MENCINTAI .NUR JANNAH MU ...~~~BERSAMA HAMPARAN SEJADAH CINTA MU ~~~




Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

~~~hamparan RINDU terdampar SEPI
terbiar tanpa di isi dan terisi...
hamparan CINTAterasing LUKA
tanpa di toleh tanpa di sapa.
hamparan KASIH terbiar kaku
tanpa di sentuh terdampar PILU
hamparan SAYANG terbiar hanyut tersadai hampa bersama rasa
terbiar lah kasih terbiar lah sayang ...~TERPADAMKAH CINTA~


Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

^^^^ANTARA RINDU DAN AIRMATA^^^
airmata hadir mu tika ada hati tercuit rasa
hadir mu tak perlu disape..
terus ada tanpa dipaksa
ulitan mu menyanyaikan lagu sendu hingga membawa sedu ..
rindu bersulam airmata..rindu bersulam duka..

airmata teman nan setia
airmata lah menjadi lambang kala ada lara yang menerjah duka
rindu lah yang menjadi puncanya pada airmata...
rindu dan airmata yang setia bersama
seiringan bak bayang~bayang yang ada
selangkah sederap seirama bersama rasa yang ada...
~~MENGALIRLAH KAU WAHAI AIRMATA AKU RELA KAN ANDAI ITU MAHU MU..DATANG LAH WAHAI RINDU KU KAN KU DAKAP MU TANPA RASA JEMU~~

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

ku pendam duka dihati
ku simpan rasa kecewa
bila cinta aku datang lagi
terasa akan pergi kembali
hilang ....terbang tak terhinggap didahan kasih ku
cuma lalu bagai angin menyapa dedaun kering lalu gugur satu persatu...
ke mana perginya hati..ke mana hilangnya rasa....HILANG KEMBALI TERUS PERGI...





Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

~~~SEJUTA RASA RINDU~
rindu satu perkataan yang amat indah
rindu bisa membuat perasaan jadi tidak menentu
rindu adakalanya amat menyakitkan amat memedihkan
rindu itu juga mengasyikkan
mengamitkah rindu itu bila hati pedih memilu.
hadirkah rindu itu kala rasa benci menerpa dihati.
membuaikah rindu itu tika ada ombak melanda perasaan..

Aku pasti rindu itu tetap hadir ..
walau hati berkata benci walau perasaan menidakkan rasa
hadir tetap hadir..ada tetap ada..
lontarkan lah rindu itu..tapi semakin dekat ia kembali
buangkan lah rindu itu tapi masih dikutip terus di titip
ini lah ulitan rasa rindu tapi benci...
rindu terus membara dalam diam bagai api didalam sekam
tak terjelas dimata tapi terasa dihati...
tak terlahir dikata tapi mencengkam di jiwa dan rasa...
~~~~~RINDUN TIADA TALI ARUSNYA ..TIADA PERHENTIANNYA ..TIADA PENGHUJUNGNYA..TIADA TITIK NOKTAHNYA..TERUS ADA SELAMANYA .....
Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

kenapa hati tercuit dan terusik ...apa yang ada pada rasa itu..
sukar untuk diterjemahkan ..sukar untuk dihuraikan...
tapi rasa itu tetap ada tetap tak bergerak walau diusir mahu pun dibuang..
lupakah aku siapa aku untuk itu
lupakah aku dimana tempat aku berdiri
lupakah aku dimana aku berada
duhai rasa pergi lah kau
aku takut nanti aku yang kecundang di pintu harapan
aku takut nanti aku yang rebah di pusara hati
aku takut nanti aku yang karam sendiri
tersiksa hati tersiksa lah rasa ..namun aku pasra jika ia menjadikan
mimip itu menjadi nyata igauan yang indah ..
kan ku sambut seadanya dgn hati yang rela dengan tangan yang mendepa...





Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

~~~~SEMALAM YANYG BERLALU~~~~~
Semalam pergi mu membawa seribu satu kisah
semalam datang mu membuat aku rindu kepada kemarin yang pergi
semalam yang hadir menjadikan satu kisah kenangan
semalam yang pergi menjadikan aku terkenagan~kenang..

semalam pergi mu tika subuh datang lagi
kau berlalu bersama senyum mu
kau berlalu bersama rahsia mu
apakah senyum mu menyindir ku atau menyembunyikan rasa sedih mu
apakah rahsia hati mu bersalut pilu dan sendu .. siapa aku untuk tahu?????
semalam aku tetap akan merindui mu
aku tahu kau akan terus berlalu
semakin jauh kau pergi.. semakin sayu pandangan... semakin kau menghilang
terus pergi ...hanya kenangan yang kau tinggalkan
pada aku dan pada hati ku...
semalam berlabuh lah kau disinggah sana idaman mu
aku tetap bersama mu..walau hari ini telah menjelma
selamat tinggal semalam ku selamat datang hari ini..
~~~~~semalam aku akan selalu merindui mu~~~~~

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

biarkan hati ku terus menyanyi bersama rindu dihati
ingin ku sebut nama mu selalu..engkau kah itu yang menanti..
senja datang lagi bersama hembusan angin
andai dapat ku gapai pasti langkah mu terhenti disitu
germesik rasa dijwa nan menahan gelora
bagai taufan singgah melanda
terlontar jauh ke muara
terbenam kelumpur terpalit duka
tercalar tersusuk akar~akar rasa
terbenam tenggelam begitu saja
bagaikan kilauan terpercik ke mata
membuat silauan terejam menusuk jantung yang menghela
darah merah mengalir terpancut ke luka..
nyanyian hati terhenti seketika
mendodoi berlagu bertukar tempo..
membatu membeku terus membisu....
terpaku kaku...terkulai layu...








Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

~~~~cenderawasih si burung kayangan~~~~
cenderawasih indah nama mu
alam membisu hutan terkaku
panahan mu berapi membara
seluruh kayangan kau gengam
tiap jajahan kau takluki
puaskah kekuasaan mu
buaskah cengkaman mu
teguhkah benteng mu

sayap mu menongkat paruh
namun rebah tak berpatah
bertaut bergayut terjuntai melekat jua
memdabit dada bangga mencela
cenderawasih cantik dimata
tapi tidak dihati..
tiada seutas benang pun tersangkut meyapa
cenderawasih akan terbang bebas di kayangan
berlegar ~legar tanpa henti...
hingga jatuh tersungkur sendiri....

Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

dengan lafaz niat aku berdiri tegak
mengadap kiblat kesayang ku
berokok dan bersujud dihamparan kasih mu
menadah tangan memohon restu mu
meratap menghiba merayu kasih mu
berselawat dan salam mengharap belas mu
masih banyak yang perlu ku kutip dan ku titip
masih banyak yang tertinggal dan tercicir
rasa rugi menerjah hati menyesali kealpaan diri
terasa kerdil sebesar zarah pun tiada
aku pilu aku tersedu dalam sendu..
adakah jannah untuk ku
adakah kasih mu pada ku
membelai rasa membuai sayang
aku terkedu bersama pilu
ingin ku kembali ke dalam rahim ibu
putih sentiasa tiada satu pun terpalit titik noda
tapi aku sedar tak kala ditupkan roh aku harus menjalani hidup ini
kerana janji ALLAH telah temetri diazali...
ampuni lah aku ...astarafirullahalazim .........
subhanallah walhamdulilahwalailahailallah allahuakbar......
Roziana Idris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

kaca yang bersinar ku sangka intan
terbuntang mata hingga ke ekor pancarannya
terpana pandangan dik kilauannya
terpercik rasa kerana panahannya
masihkah perlu di sini
masihkah perlu tegak berdiri
meski pun telah tahu jawabannya
yang pasti kala hati tersentuh ada rasa yang membara
ada kata tak terucap ..ada resah di jiwa ada pedih di dada

jauh ku berlari semakin terang pancara di mata
semakin dalam menikam jiwa
hati semakin pilu tak terkata
resah alam dapat di pandang resah hati tertanam di hati
kenapa mesti intan yang ku cara kaca yang menjelma
terlerai berkecai berserakan namun masih lagi berkilau....

,RozianaIdris

BICARA HATI LUAHAN KALBU

aku masih di sini merindu mu
akan ku anyam kasih ku seperti buih~buih di pantai
akan aku titipkan rindu ku bersama desiran angin yang lalu
akan ku belai cinta ku ibarat belaian seorg ibu ..
akan ku kirim sayang ku bersama nafas yang meghela
akan ku sentuh hati mu bersama semua rasa yang ada
walau kau diam membatu walau kau terus membisu
walau kau masih terkedu
namun ku tahu rindu mu masih ada
namun ku tahu cinta mu masih membara
namun ku tahu sayang mu masih jitu pada ku
sepertimana kau aku jua begitu
kau masih ada untuk ku dan aku masih ada untuk mu..
,RozianaIdris


Blog pertamaku!

Hari ini akan jadi permulaan untuk segala penulisan hati ku..

nantikan nukilan-nukilan indah yang tersirat dan tersurat yg lahir dari kalbu ikhlas memancar.

moga idea spontan ini dapat menitiskan air mata yang membaca dan memerhati.
assalammualaikum.

Roziana Idris