Sunday 3 July 2011

BICARA HATI LUAHAN KALBU

dengan lafaz niat aku berdiri tegak
mengadap kiblat kesayang ku
berokok dan bersujud dihamparan kasih mu
menadah tangan memohon restu mu
meratap menghiba merayu kasih mu
berselawat dan salam mengharap belas mu
masih banyak yang perlu ku kutip dan ku titip
masih banyak yang tertinggal dan tercicir
rasa rugi menerjah hati menyesali kealpaan diri
terasa kerdil sebesar zarah pun tiada
aku pilu aku tersedu dalam sendu..
adakah jannah untuk ku
adakah kasih mu pada ku
membelai rasa membuai sayang
aku terkedu bersama pilu
ingin ku kembali ke dalam rahim ibu
putih sentiasa tiada satu pun terpalit titik noda
tapi aku sedar tak kala ditupkan roh aku harus menjalani hidup ini
kerana janji ALLAH telah temetri diazali...
ampuni lah aku ...astarafirullahalazim .........
subhanallah walhamdulilahwalailahailallah allahuakbar......
Roziana Idris

No comments:

Post a Comment