Monday 4 July 2011

BICARA HATI LUAHAN KALBU


paluan hati berdegup kencang ...berdetik ..berdetak tanda yang tak kena dihati ini..entah mengapa satu persatu  kenangan datang menerja kotak pemikiran ku...dan tersingkap helaian demi helaian...tik...tik..tik air jernih jatuh setitik demi setitik tak kala gerimis dihati menjadi hujan di mata...pandangan menjadi kabur teraba ~raba memandang tiap baris yang di titipkan pada ku...aku merasai bait~bait seumpaan itu amat sayu....mencengkam dihati..amat sakit dik kerana kebenarannya memang nyata...jelas tanpa boleh kata tidak...
ditelan mati emak diluah mati bapak..cinta yang terhalang berisiko dan terikat dengan ikatan...hanya nama yang tersimpan dihati....pilu untuk mentafsirkan ...ditelan mati emak oleh kerana rasa dan keinginan yang amat dalam kerana cinta ..diluah mati bapak kerana rasa cinta dan kasih sayang tak mungkin untuk melupakan atau dilupakan...terkubur tanpa pusara terbiar tanpa dapat dibelai jauh sekali untuk memiliki...hanya nama tersimpan dihati kerana hanya itu yang dapat terpahat dihati bersama kenagan yang tertinggal untuk dijadikan penawar tak kala rasa rindu datang ....
pedih pilu dihati ku mengenangkan saat~saat ku menjadi kekasih mu dan kau menjadi kekasih ku...aku terlara dan karam lemas dalam impian yang hanyut kerana saat mata terpejam hanya kau ku terbayang ...saat mata terbuka kau lah pertama diminda dan pemikiran ku...ingatan yang amat dalam malah lebih dalam lagi dari lautan ...kita terpisah oleh keadaan yang amat menyakitkan...berpisah tanpa rela dan redo dihati...terus meratapi terus menangisi ...
kau masih disitu dan aku masih disini tanpa boleh berkata apa ~apa terkedu membisu terdiam dan terus membeku.....hanya rindu yang ada tapi tak mampu untuk meleraikannya kerana ada sempadan dan jurang...kau selalu berkata kau tetap ada tapi aku dapat merasakan yang aku sebenarnya telah kehilangan mu...ibarat lirik lagu bila cinta ini tak lagi bermakna yang ku dapat kini hanya lah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu...lagu ini lah menjadi nyanyian ku...bersama sepi seorang perindu...
andai ku tahu detik pertemuan yang lalu ada lah yang terakhir buat kita sudah tentu tidak ku lepaskan mu dalam gurauan dan senyuman...pasti airmata lah mengiringi perpisahan ini...hanya lagu yang menjadi  ingatan dan kenangan ...masih ku ingat lagu~lagu kita setiap kali pertemuan pasti ada nyanyian sambung bersambung antara kita....berderai airmata bila mengingati kembali yang lagu~lagu yang kita nyanyikan bersama memang ternyata selayaknya untuk kisah cinta kita..ibarat kisah hati ...kita tak mungkin bersama didunia ini di ketika ini ....tak mungkin kasih ku hilang ku kunci hati untuk mu....











No comments:

Post a Comment