Friday 22 July 2011

purnama merindu part 3

bagaimana setianya sang pungguk kepada purnamanya begitu lah aku yang setia pada janji ku..sekali cinta terlafaz adalah untuk selamanya ..tapi pada cinta ku yang pergi maafkan aku kerana kau begitu menyakitkan dan amat melukakan hati ku..hadir mu tika itu mungkin kerana mentahnya aku untuk menilai cinta yang terlalu muda pucuknya...bukan ku pinta jadi bergitu ...tapi cinta mu yang beralih arah ..cinta mu yang mendustai aku cinta mu yang melukai aku cinta  mu yang menguris hati dan perasaan ku...cinta ku telah mati terdiam kaku disitu..dimamah waktu yang berlalu..setia ku kini pada kebenaran cinta yang baru..walau ada duka walau ada derita kan ku setia pada cinta ku ini kerana aku tahu cinta ku ini mungkin yang sebenarnya kerna aku telah matang aku telah dewasa untuk aku menilainya...andaianya cinta ku terpatah dipertengahan jalan cinta ku tak kan bertunas kembali seperti ini...kulepaskan cinta itu untuk selamanya kerana cinta ku telah bersemadi bersama cinta purnama ku..aku masih berpegang teguh kepadanya cinta hati ku...
dipersimpangan jalan langkah kaki tersandung menjadi pilu..ku toleh ke belakang kau tertinggal disitu..ku pandang ke hadapan kau tiada menunggu..aku terkeliru ..akhirnya ku sampai ke penjuru kasih mu.. setia mu tersandar bersama dakapan pilu sayu memandang  pada ku kerana kau telah tahu aku tercipta bukan untuk mu hanya cinta ku yang menjadi milik mu..begitu jua dengan diri ku hanya bayangan yang ada ternyata dimata tertanam dijiwa nak ku sentuh apakan daya yang ada hanya cinta mu jua untuk ku .kita lah yang terluka kita lah yang kecewa pada cinta yang tiada noktahnya..jadilah kita seperti purnama yang merindu....bersama satu harapan dan impian..mengharap terlekatnya cincin cinta bertaut selamanya......rindu tidak akan padam selagi ada cinta...rindu tidakkan hilang selagi ada kenangan..... rindu tidak akan pergi selagi ada rasa kasih ...rindu tidak kan pudar selagi ada sayang...~~CINTA KASIH DAN SAYANG MENJADI HELAIAN RINDU ~~~

No comments:

Post a Comment